Monday, March 29, 2010

Kebosanan


Aku bosanlla apa nak buat ni................ hari-hari cengini... nak cari keje lain xde experience sbb dok sini goyang kaki jek.. xwat pape tp gaji masyukkk cmne tue...tp belum tentu naik gaji... pekerja kat cni pun xnaek gaji dah 6tahun pelik2... inike dikata anak syarikat LTAT?waaaaaaaaaaaa..... apa lagik yang aku nak buat nie eh... berblogging gambo xde nak citer.Klu citer panjang2 tp xde gambo xbestla....waaaaaaa..
Reade more >>

arghh.. sakit.



Xsuka ari ni... waaa sakit perut 1st day pperiod pain.. opss.. xpe zaman skang masalah nie lelaki mmg kene tau, xsalah pun huhuhuhu. Zaman skang lelaki kene amik berat dan memahami tentang masalah bulanan perempuan... Time nie la emosi pompuan xstabil, ada sesetengah tue marah-marah, mengamuk xtentu pasal, merajuk dan sebagainya yang melibatkan emosi. Bukanye saja-saja buat mmg jadi cmtue secara tiba-tiba mesti nak marah.


Yela klu jenis pompuan cm aku nie hikhik bukan jenis mencatit tarikh-tarikh datang bulan nie, so xpasti kenapa tiba-tiba nak mengamuk bagi...:P si dia perlula memahami situasi pompuan... tul tak?

Reade more >>

Friday, March 26, 2010

Hadiah Pujuk sbb Merajuk..


Hikhikhik... 2 hari yang lepas aku dapat hadiah dr my fionce.... lalala... gara2 majuk... kuikuikui.....nak citer sebab menyebabnye tue biorler rahsia..... aritue ingatkan nak kuar makan upenye... xjadi... lagi ler bertambah geram... dia kata dia singgah anta barang yang aku nak jek... sbb dia ada urgent job... grrrrrrrrr... dah la majuk... time nak baik2 ada urgent job plak... hah mmg ler panas.... Aku tunggu je la kat umah.... then dia anta barang yang aku nak ngan 1 kotak anti virus karsperky... aku cakap la laptop dah xleh on laaa... naper bli antivirus nie... xpela... simpan.... uikss.... pelik... dalam hatiku pun berkata... nak dapat laptop baru ke??... waaaaaaaaaaa.... mula berangan... so aku letak ler dulu barang2 tue kat bilik... aku belek balik Nikon D50 aku nie... walaupun lama aku tetap sayang camera nie tau... :) Dia call tanya dah bukak ke belum kotak tue... aku pun katala... ler cd antivirus je kan nape nak bukak.... hahahaha.... dia pun kata ok xpelah... :P So pas tengok tv aku pun pi la blik ngan roomate aku... then aku bukak la kotak cd tue......

Nie ha kotaknye... :)

Upenye dalamnye bukan de cd..... kekekekekeke....

ada 2 tudung...... hikhikhik i luvvvvvvvvvv it.... :)... For me xkisahla harga bape pun yang pasti ikhlas... :)


merah betul makngah... uikkk... thanks my fionce.. :)

Reade more >>

Thursday, March 25, 2010

Award!

Yeye dapat award... tq dina... hikhikhik... baru jek active berblog nie...
Reade more >>

HUKUM BEKERJA DI 7ELEVEN

SOALAN:

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?

JAWAPAN UZAR :

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya. " (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

Dan juga sebuah lagi hadith

عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَالْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


*huhu cmne tue kawan2......

Reade more >>

Bahaya Handphone

Uikksss bahaya! Ada beberapa perkara bahaya apabila kita mengguna kan hp....

1. Bagi mereka yang fungsi jantung tidak sempurna sebaiknya tidak menggantungkan handphone di dada. Handphone yang sering digantung di pinggang atau sisi perut, akan memengaruhi fungsi kesuburan. Cara yang lebih aman dan sihat, adalah simpan di dalam beg.

2. Ketika mendail dan belum tersambung, radiasi akan bertambah kuat, maka sebaiknya jauhkan handphone dari bahagian kepala, selang 5 detik kemudian baru dikembali ke telinga.

3. Apabila bateri tinggal 1 bar, handphone akan meningkatkan gelombang elektromagnetnya secara otomatis, sehingga intensitas radiasi bertambah kuat. Dengan meletakkan hp ke telinga, maka radiasi yang dialami bahagian kepala akan berlipat ganda.

4. Jangan bergayut terlalu lama, jika demikian gunakan saja telefon tetap atau memakai alat pendengar, jika terpaksa harus berhubungan dalam jangka waktu lama, mendengar secara bergantian di telinga kiri kanan setiap 1-2 minit.

5. Sekiranya susah mendapat signal di sesuatu tempat tp kita mengunnakannya jugak ,dapat menyebabkan daya radiasi handphone dalam sudut tertentu bertambah besar.

6. Ketika menggunakan handphone pastikan anda jangan bergerak ke sana sini kerana boleh menyebabkan

7. Ketidakstabilan isyarat yang diterima dan radiasi yang tinggi akan berlaku dalam waktu singkat.

8. Selain itu ,orang berikut ini sebaiknya mengurangi penggunaan handphone: penderita epilepsi, jantung, lemah saraf, katarak, diabetes, wanita hamil, yang sedang menyusui, anak-anak remaja serta orang tua yang berusia lebih dari 60 tahun.


Ini baru yang kita tahu..... yang masih tersirat... kita tak tahu... ada orang sampai 2 3 hp sorang pakai... ish ish..


*Sumber : Majalah T&t
Reade more >>

When a photograph is not just a photograph...

Gambar nie aku amik dari email aku.. tah sape anta tah ada jek.. tp gambar2 nie mmg menarik... I means pandai tul photographer nih.... jum rehat minda di pagi2 nie... hikhik... sebelum membuat keje....





















Reade more >>

Wednesday, March 24, 2010

Cerita Benar!! untuk yang lahir dari tahun 80an

Hahha nie antara citer benar yang aku dapat....

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skola rendah dulu:
  • kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
  • salesman susu pon camtu gak.
  • kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku, just nak tlis name pengarang jer, bkan nak bace pn,sinopsis pn tibai jer.
  • RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
  • pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
  • pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
  • cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
kuikuikui...cuba renungkan...




*sumber pain sama
Reade more >>

Kem Kementah::Karnival Buku Antrarabangsa::Hospital Ampang Puteri::

Hah lupa la nak update aktiviti hari minggu yang lepas.... kuang-kuang..... Almaklumla agak busy la konon... cess

Hari sabtu yang lepas hmm... awal pagi lagik aku dah bangun almaklumlah dah janji dengan Pakcik wat lesen nie... nak pi jumpa dia jab... ingatkan lama upernye kejab jek... hikhik... after bape2 minit jumpa dia... aku msg la dengan anak sedara aku yang sorang nih... yang ajak aku tuk pergi Karnival Buku kat PWTC... Cian dia yela xde sape nak layan dia nie... yela kakak aku penat dengan suaminye yang terlantar kat spital, baru buat bypass jantung kali kedua... Tapi alhamdulilah stabil dah... sambung balik citer tadi.. aku pun msg la Mira...

"Ya, makcik ondaway nie..." Makcik datang ngan pe?" "train, makcik tggu kat putra Setiawangsa" " Apik xbangun lagik" "Geraklah suh dia anta YA kat cni" " dah gerak tp xbangun smlm dia tido lewat" "Tak pelah makcik naik teksi YA tggu kat bawah k"

ini antara msg2 yang aku imagin balik situasi tue balik... huhu.. sbb malas da nak cek satu2 msg tue... 70% betul tue... hikhik... sib baik la aku cepat dapat teksi... so bergerak ler ke rumah kakak aku yang terletak di Kem Kementah... huhu.. sib baik pakcik teksi tue nak tggu klu tak nak tggu si Apik tue bangun alamat tengahari ler aku pegi... huhuhu.... Then ktrang pun naik ler train ke Masjid Jamek nie... then ke Star Lrt tuk ke PWTC.... sampai di PWTC perghhh.. ramai weh orang... aku mula dah naik pening... aku pun cakapla ngan Mira aku ikut jek dia nak bli buku apa pun... sbb aku xpenah pegi pesta buku sebelum nie so aku xtau kedudukan kedai-kedai dan tak tau gak buku apa dia nak beli... lama gak ktrang kat sana dalam pukul 3lebih aku dan Ya baru blik umah.... masa nie Apik amik ktrang.... tp sebelum tue ktrang melantak KFC dulu... hmm taula baru dapat lesen... laju bawak cett.. xpe2 xtau gik penangan makcik dia dapat lesen nti....Opppppssssss heheh aku mmg xde lesen gik..ondaway K!!

Pas sampai jek... aku pun berehat... lapo lagik makan ler nasik... sambil2 tgok tv... masa tue pun dah pukul bape dah around nak kul 4 dah... mak mentua kakak aku bgtahu kul 5 nti nak pi spital siapa2 lekas.... waaa.... penat... tp kene pegi sbb masa pembedahan ri tue aku xpegi pun.... sbb aku xtahu pun.... so g la kul 5 tue... huhuhu.... sampai sana aku pun tgkla abang ipar aku... perghhh pucat seh muka dia.... huuhuhu... xlama kemudian kakak sulung aku pun sampai.. wahhhh.....meriah spital nih... hikhik...

*gambar will be update k!
Reade more >>

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails