Thursday, May 20, 2010

Email Pengajaran

Aku dapat email nie agak mmberi pengajaran gak tuk aku... so aku kongsikan bersama korang... :)


Hampir tidak pernah saya menulis komen di Laman Seri tentang cerekarama yang saya tonton di kaca televisyen.. . Pernahkah? Selalunya, agak sukar untuk saya memberi tumpuan kepada drama atau cerekarama yang ditayangkan [NB: Akibat gangguan ‘askar-askar’ yang masih kecil], namun slot cerekarama kali ini bertajuk ‘Sebelum Akhirat’ yang disiarkan TV3 Sabtu (15/05/2010) lepas pada jam 10 malam berjaya menarik perhatian saya dan ‘askar-askar’ juga terpaku lama di depan kaca televisyen. ‘Sebelum Akhirat’adalah sebuah cerita yang yang menarik dan memang cukup memberikan pengajaran yang berat yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua, terutamanya sebelum kita dijemput Ilahi.

Sinopsis cerita

Kematian adalah saat yang paling digeruni semua manusia. Setiap benda yang hidup di dunia ini akan melalui kematian, justeru persediaan menantikan saat itu harus dilakukan. Ia ini mengisahkan Mubarak yang sedang terlantar menantikan saat kematian. Di sekelilingnya orang ramai sedang membacakan yasin, namun Mubarak sentiasa mendengarkan tangisan bayi, perempuan sedang menangis, ketawa dan bermacam-macam suara aneh lagi.

Mubarak yang ada kalanya menitiskan air mata apabila suara aneh itu hilang sentiasa terbayangkan kisah lampau yang pernah dilakukannya. Dia begitu teringin untuk kembali sihat seperti dulu kala dan menginsafi segala perkara buruk yang pernah dilakukan. Hidupnya sebelum ini sering mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam, solat lima waktu ditinggalkan, menjalankan kerja haram dengan meminjamkan duit kepada orang ramai dan mengenakan bunga yang tinggi. Mubarak juga sering menjual wanita cantik kepada golongan korporat untuk mendapatkan bayaran yang tinggi dan apabila wanita itu mengandung, dia akan membawa wanita itu untuk digugurkan. Walaupun Mubarak mendapatkan duit dengan kerja haramnya, namun dia tetap mempunyai niat baik untuk menghantar ibu bapanya ke Makkah, namun ibu dan bapanya menolak kerana mengetahui duit itu adalah duit haram.

Mubarak berkenalan dengan gadis kampung bernama Norida namun tidak berniat untuk mengahwininya malah Mubarak mengambil kesempatan terhadapnya sehingga mereka terlanjur. Selepas beberapa tahun dipenjarakan disebabkan berniat membunuh Norida, Mubarak akhirnya dibebaskan dan menyesali segala kejadian lampau dan pulang ke kampung untuk memulakan penghidupan baru, namun ibu dan bapanya tidak menerimanya. Sehinggalah Mubarak terlantar kesakitan dan tidak lagu mampu untuk berdiri. Kakinya sentiasa mengeluarkan nanah dan membengkak. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mubarak sempat meminta ampun dan maaf daripada ibu dan bapanya.

‘Sebelum Akhirat’ dilakonkan oleh Fauzi Nawawi, Lisdawati, Yalal Chin, Maimon Talib, Hisyam Ahmad Tajudin dan ramai lagi diterbitkan Enuja Production Sdn Bhd dan diarahkan Murali Abdullah. Atas kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pengarah Murali Abdullah yang menampilkan cerekarama bermutu serta. Tahniah dan syabas juga untuk TV3 semoga terus menyajikan drama dan cerekarama yang bermutu dan boleh membawa rakyat terus menjadi pemikir yang baik.

Bertaubatlah sebelum datangnya 3 perkara

Kisah Mubarak ini mengingatkan saya kepada entry Qarin a.k.a. pendamping manusia dan Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut. Bisikan yang mengganggu Mubarak ini saya terjemahkannya kepada gangguan ‘qarin’ kerana setiap manusia yang lahir disertakan ‘qarin’ oleh Allah yang bertugas sebagai

‘penggoda’ seseorang itu sejak seseorang itu lahir hinggalah saat kematiannya. Lihatlah betapa hebatdahsyatnya gangguan syaitan dan Iblis yang berdendam dengan keturunan Adam, bersumpah akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Semoga kita terpelihara daripada tipu-daya golongan ini.

Hari ini saya kongsikan sedikit yang saya petik daripada sumber NasbunNuraini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisaa: 110)

1. Bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan dan belum sampai ke halkum.

Sabda Rasulullah SAW, “Bahawasanya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Taubat Firaun tidak diterima kerana nyawanya sudah sampai ke halkum pada masa itu, lalu Malaikat Jibril menyumbat mulutnya dengan pasir : Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “Dua orang sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Rasulullah SAW : “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: ‘La ‘ilaha illa’l-lah.’” (Shahih, HR. Tirmidzi, HR Abu Hurairah r.a.)

2. Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari sebelah barat.

“Siapa yang bertaubat sebelum terbit matahari dari arah barat, nescaya Allah terima taubatnya.” (Hadis riwayat Muslim]
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bebuat dosa di siang hari, dan membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di malam hari, sampai matahari terbit dari arah barat.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda : Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum matahari terbit dari barat.

3. Bertaubatlah sebelum al-Quran dihilangkan.

Selagi al-Quran masih ada selagi itu diampunkan dosa kita. Pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam. Abdulllah bin Mas’ud berkata, “Sungguh, kelak al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.” (Hadis riwayat Thabrani)

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah (bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah). Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.

Mari kita sama-sama renung-renungkan!
Reade more >>

Tuesday, May 18, 2010

Tahniah to My X-Boyfrenz..:)

Wah entry kali nie.. aku berkobar2 nak nulis... xtau nape... td Firdaus chat aku kat facebook.. tp aku busy bila tgk dia dah off dah..:) xsempat.. so aku pun melawatla facebook dia...Oh .. patutla maybe disebabkan itu di nak chat dengan aku... dia dah ada pengganti..Alhamdulilah... Aku bersyukur padamu tuhan... :) lawa orangnye... sooo cute... Tahniah aku ucapkan semoga berbahagia hendaknya... So hatiku taklah rasa risau sangat tentang dia... sbb dah ada pengganti.. InsyaAllah berbahagia dunia akhirat..:)... Hatiku terdetik juga rasa cemburu.. aku pun bertanyala kat dak2 opis aku nih nape eh rasa jeles plak.. so diorang pun katala dengan aku maybe sayang tue ada lagi... tp xde jodoh... berkawan kan dah lama...:) so aku pun tersenyum.Itu ketentuan Tuhan.... lama mana pun kita bercinta klu tuhan dah kata Kun Fayakun... Maka jadilah ia.... Kenangan dengan dia InsyaAllah xkan dilupakan... Namun masing2 dah bertemu jodoh masing2kan...
InsyaAllah segalanya berjalan dengan lancar....
:)




Reade more >>

Thursday, May 13, 2010

Shahir Af8 masuk balik...


Hahaha... itula strategy Astro... afundi masuk tuk kaut keuntugan... Tahun nienye Af xbest n xmenyengat... semua pelajar2nye leh menyanyi n sedap tp xde xfactor la... xgempak... dulu menaruh harapan betul kat abg Norman nie jadi pengetua konon ada transformasi, tp xdok huhuhu... kecewa la ngn abg norman.... then satu gik Que Haidar.... waaaaaaaaaa cm xpandai jek... nak Fauziah Nawi.... klu ada umie ni mesti bdak2 ni berjaya menghayati lagu2 yang diberi...... n persembahan pun meti gempaq! Apa2 pun tahniah la shahir... sore ko sodap tp pemalu sangat... toong la kuar dr kepompong nih...

AFUNDI MASUK


Shahir



Hensem ke dia????????? uweksss

Reade more >>

Malaysia vs Denmark

Malam tadi aku baru layan Piala Thomas nie.. dah lama aku tak mengikuti sukan-sukan negara nih... especially badminton... dulu2 zaman sekolah sanggup duk depan tv nak tgk badminton.Walaupun siaran ulangan still tgk.. cess semangat tul la hehehe dulu2... tp skang hancusss hahaha... Semalam aku tgk beregu kedua iaitu Zakry latiff ngan bidan terjun Thien How Hoon n seterusnya Hafiz Hashim... Mula2 tgk beregu nie main cm best giler masa set pertama.. tp bila set kedua dan penentuan drang dah agak letih... tp aku suka tgk sbb aksi xmembosankan... hehehe... bila turn HAfiz Hashim.. serius aku xbg harapan pun... huhuhu yela main lembut n lembab gilerss... walaupun dia menang semalam tp game dia xbest... hahaha... Aku nak tgk ler masa beregu Zakry n Fairuz nie main masa lawan Jepun.... apsal ler emo sangat..

ni ha keputusannye....


Perseorangan 1
Lee Chong Wei vs Peter Hoeg Gade
Keputusan: 21-17, 21-17

Beregu 1
Koo Kean Keat/Tan Boon Heong vs Carsten Mogensen/Mathias Boe
Keputusan: 21-17, 21-19

Perseorangan 2
Wong Choong Han vs Jan Ø Jørgensen
Keputusan: 20-22, 21-16, 18-21

Beregu 1
Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen
Keputusan: 26-24, 12-21, 19-21

Perseorangan 3
Mohd Hafiz Hashim vs Joachim Persson
Keputusan: 21-12, 21-10


Reade more >>

Menjawab tag dr Dina

  • Adakah anda mempunyai lesen memandu?
haahahaha....... baru L

  • Bilakah anda mengambil lesen memandu?
2008 tapi kene amik lagik sbb masa lulus KPP xamik L hahaha.. so dah llebih masa.. tahun nie baru ngambik balik.... perghh malu seh tua2 baru nak mik..takde masa...

  • Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
ala xde pengalaman lorrrrr..... tp penah bawak kancil auto kejab jek... masa tue xde basic pun sesaja gegatal.. :P kakak ipar yang ajar... bawak sekejab jek.. yela anak sedara menjerit2 kat belakang ketakutan..kekekekeh!

  • Pengalaman pahit ketika memandu?
Hahahaha kompom ler takde... sama lah ngn Dina... masa orang lain bawak ada ler.... masa tue nak blik Perak... waktu tengah hari plak tue.... pas makan nasik... Aku dah ngantuk so tido kejab... upernye my tunang pun tido.. hah sib baik xlanggar divider.. hahahaha... pastue.. mmg xtidola...

  • Pengalaman manis??
Dengan kete sendirik belum adola.... tp impian nak bli sporty car.. hhehehe... tp my tunang said xperlulah... ada satu kete jadilah... duit u leh invest tuk lain...wahwahwah... tgkla camne.. hehhehe...

  • 3 tabiat ketika memandu?
uikkkk... xdok lagik lerr

  • 3 pantang time i memandu bila?
kuangkuangkuang...!


  • Harap2 korang ada lesen lerrr...:P

Reade more >>

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails