Wednesday, February 9, 2011

Siapkah Hosni Mubarak!!!!!!!!!!!!!!!!!KEJAM!!

Beliau ialahMuhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak(bahasa Arab: محمد حسنى سيد مبارك; lahir 4 Mei 1928)umur 82 tahun merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.

Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975

Hosni Mubarak telah membukti kepada Israel dan AS bahawa mereka adalah rakan yang boleh dipercayai apabila bersama-sama Israel cuba menghalangkan kebangkitan Islam di Palestin yang dipimpin oleh Hamas.

Antaranya jasa Hosni Mubarak ialah membantu tindakan zalim Rejim Zionis mengenakan kepungan dan sekatan ekonomi terhadapa rakyat Palestin di jalur Gaza selama lebih tiga tahun dengan menutup pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah yang yang merupakan satu-satu pintu masuk ke Gaza melalui Mesir.

Dalam masa yang sama Israel termasuk AS faham benar sikap zalim Hosni Mubarak terhadap rakyat Mesir selama ini. Hosni Mubarak telah memerintah Mesir secara kuku-besi selama 30 tahun. Pemerintahan beliau tidak mengenal dan tidak menghormati langsung demokrasi. Hak asasi manusia suatu yang asing untuk beliau. Penjara hatta hukum bunuh adalah jawapan kepada sesiapa yang cuba menentang kerajaan . Kekayaan negara hanya untuk beliau, keluarga dan kroni. Hasilnya Mesir menjadi negara yang mundur dan miskin.

Namun Israel terutama sekali AS tetap tidak peduli semua ini malah masih sanggup menyalurkan berjuta-juta USD kepada Mesir setiap tahun semata-mata ingin melihat Hosni Mubarak terus berkuasa di Mesir dan terus menyokong negara haram Israel.

Kini, karier Hosni Mubarak sebagai President Mesir hampir pasti berakhir. Soalan siapakah yang akan menjadi President Mesir selepas Hosni Mubarak bukan saja menjadi teramat penting untuk rakyat Mesir tetapi sebenarnya juga turut menghantui fikiran pemimpin-pemimpin AS dan rejim Zionis .

Bagi Israel maupun AS, isu keadilan, kebenaran, hak asasi manusia hatta demokrasi sekalipun bukanlah perkara yang penting tetapi yang lebih diutamakan ialah bakal president yang akan mengantikan Hosni Mubarak mesti boleh ikut telunjuk mereka sepertimana yang telah dilakukan oleh Hosni Mubarak selama ini.Ini disebabkan apa yang berlaku di Mesir sebenarnya bakal mencetuskan kesan teori domino di kalangan negara-negara Arab yang lain di timur-tengah.

Malah bukan setakat itu saja kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab seperti di Arab Saudi dan termasuklah dictator-diktator seperti Hosni Mubarak di Mesir dan Zine El Abidine Ali di Tunisia pula merupakan sekutu-sekutu kuat AS di timur-tengah. Kejatuhan pemimpin-pemimpin Arab ini menandakan penguasaan politik AS di timur tengah semakin lemah.

Seterusnya apa yang merisaukan lagi Israel, AS dan negara barat yang lain, ialah kebangkitan rakyat di Tunisia dan khususnya di Mesir sebenarnya boleh bertukar menjadi kebangkitan semula kuasa Islam di timur-tengah.Oleh itu menyedari betapa mustahaknya untuk memastikan pemerintahan Mesir terus di pimpin oleh pemimpin yang pro-AS dan Israel, tentu saja AS dan Israel tidak akan mengambil kaedah tunggu dan lihat dalam krisis politik di Mesir ini.

Namun pendekatan AS di Mesir tidak akan menjadi semudah sepertimana kebangkitan rakyat Filipina dimana Ferdinand Marcos, seorang dictator, sekutu AS seperti Hosni Mubarak , terpaksa berundur hasil desakan AS untuk memberi laluan mudah kepada Corazon Aquino memerintah Filipina.

Menurut lapuran dari akhbar The New York Times beberapa kaedah telah dibincang oleh Obama untuk mengatasi krisis politik di Mesir dengan beberapa pemimpin Mesir. Menariknya, Obama telah menolak cadangan supaya Hosni Mubarak meletak jawatan dengan segera.

Sebaliknya , menurut akhbar ini, Obama dengan beberapa pemimpin tertinggi Mesir mencadangkan supaya Hosni Mubarak menyerahkan kuasanya kepada kerajaan sementara yang dipimpin oleh Timbalan President Mesir, Omar Suleiman, dengan bantuan tentera Mesir.

Namun pendekatan ini dapat dilihat sebagai satu muslihat AS untuk menjaga kepentingan Israel bukan untuk menjaga kepentingan rakyat Mesir.

Ini disebabkan Omar Sulaiman yang dilantik sendiri oleh Hosni Mubarak sebagai timbalan Presiden Mesir merupakan orang kuat Hosni Mubarak, bekas ketua perisikan Mesir dan bukan setakat itu saja beliau juga merupakan rakan dan sangat dikenali dikalangan pemimpin rejim Zionis kerana membantu Israel dalam rundingan damai Israel-Palestin.

Buat pada masa ini AS dan Israel tidak punya banyak pilihan walaupun pemilihan Omar Suleiman juga menjadi tanda-tanya kerana rakyat sudah tidak mahu menerima Hosni Mubarak termasuklah orang-orang yang terdekatnya seperti Omar Sulaiman.

Kerisauan akan kemungkinan Mesir bertukar menjadi sebuah negara yang mengamal Islam yang sudah tak dapat diselindung lagi antaranya kerana kewujudan Ikhwan Muslimin di Mesir, sebagai parti pembangkang yang terbesar di Mesir.

Ikhwan Muslimim adalah sebuah pergerakan Islam yang diasaskan Hassan Al-Banna sekitar tahun 1920an. Mempunyai pengaruh yang luas di seluruh dunia. Dakwah menjadi agenda utama disamping, kegiatan politik dan sebagai badan kebajikan.

Sudah tentu hubungan fikrah antara Ikhwan Muslimim dan Hamas yang memerintah Gaza sekarang ini juga turut menambahkan lagi kerisauan terutama sekali pemimpin –pemimpin rejim Zionis.

Beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beberapa pemimpin rejim Zionis juga akan turut mempengaruhi pemikiran Obama dalam krisis politik di Mesir ini dalam memastikan siapa akan menjadi kepada penganti kepada Hosni Mubarak.

Antaranya ialah kenyataan yang dibuat oleh bekas duta Israel ke PBB, Dan Gillerman dalam salah sebuah akhbar diIsrael :

“ We are already facing Hezbollah in Lebanon, Hamas in Gaza and the prospect, God forbid, an autocratic, fundamentalist, Islamic organization (Muslim Brotherhood) taking over in Egypt is obviously not something we can ignore”

Isu inilah juga digunakan oleh Hosni Mubarak untuk terus mendapat sokongan AS seperti dalam wawancara beliau dengan ABC News yang telah dilapurkan dalam akhbar – online BBC.NEWS:

Mr Mubarak told ABC News on Thursday (3 Feb.) that the banned Islamist opposition group, the Muslim Brotherhood, would fill a power vacuum left by his absence.”

Rekod Ikhwan Muslimim sepanjang penglibatan dalam arena politik Mesir adalah bersih. Sebaliknya, Ikhwan Muslimim sendiri yang menjadi mangsa kepada kekejaman Hosni Mubarak sendiri yang disokong oleh AS.Malah yang paling menarik ialah kaedah politik yang diguna oleh Ikhwan Muslimim iaitu antaranya bersikap sederhana, tidak mengamalkan keganasan, berpolitik secara terbuka dan tidak radikal.

Mohammad Badie sendiri, pemimpin no.1 Ikhwan Muslimim bila di tanya oleh wartawan majalah mingguan Newsweeks (keluaran December 2010) tentang adakah menjadi matlamat Ikhwan Muslimim untuk menjadi Mesir sebagai Negara Islam, telah memberi satu jawapan cukup sederhana seperti berikut:

“… We want a civilan state with civilan people-not religious people-but with a Muslim background”Pendekatan yang diguna ini sebenarnya telah membuktikan bahawa Ikhwan Muslimim bukan sebuah pertubuhan Islam yang radikal, autokratic ataupun kumpulan penganas sepertimana yang mahu dilabel oleh AS terutama sekali pemimpin rejim Zionis.

Namun hakikatnya mesej kebenaran dan keadilan Islam yang dibawa oleh Ikhwan Muslimin itulah yang paling tidak disukai orang-orang seperti rejim Zionis, AS dan termasuklah Hosni Mubarak sendiri. Itu saja.

Oleh itu bagi AS dan sekutunya, baik di barat hatta di timur-tengah, soalan siapa selepas Hosni Mubarak lebih penting daripada keamanan yang mesti dipulih di Mesir.

Adakah ianya akan dilakukan secara demokrasi, menggunakan kuasa tentera dan sebagainya, sesuatu yang masih menjadi tanda-tanya.

*daripohuntukgaza

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails