Wednesday, June 15, 2011

Syurga Allah

Sangatlah naif diriku ini.... namun sejak aku melakukan umrah Alhamdulilah hati aku ingin mendalamai agama.... Ya Alllah aku bersyukur atas rahmatmu ini.... memberi kesedaran kepadaku.... Hidup ini hanya sementara.....Hari ini aku ingin berkongsi info tentang Syurga-syugra Allah....


Berita syurga adalah salah satu dari berita sam'iyat yang wajib diimani oleh orang beriman. Syurga dan neraka adalah dua tempat perhentian terakhir bagi umat manusia.

Syurga adalah tempat kesenangan yang abadi dan kegembiraan yang hakiki. Ia adalah tempat persemadian ruh dan jasad solehin untuk selama-lamanya. Syurga penuh dengan nikmat, penuh dengan keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan mata hati, yang tidak pernah didapati di alam dunia yang fana ini.

Tingkatan syurga yang tertinggi adalah JANNATUL FIRDAUS.

1) JANNATUL FIRDAUS
Di dalam kitab suci al-Quran ALLAH swt menerangkan sifat-sifat orang yang akan memasuki Syurga Firdaus sebagaimana terdapat dalam surah al-Mukminun, ayat 1 hingga ayat 11, yang bermaksud,

"Sesungguhnya dapat kemenangan orang-orang Mukmin. Yang sembahyang mereka khusyuk. Dan berpaling dari percakapan sia-sia. Dan mereka yang mengeluarkan zakat. Dan yang memelihara farajnya daripada yang haram. Melainkan ke atas isteri mereka atau hamba yang dimiliki mereka. Bahawasanya mereka tidak dicerca. Maka barangsiapa yang menuntut lain daripada itu, mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan yang amanah. Dan yang janji mereka dipelihara. Dan mereka memelihara sembahyang. Merekalah yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Merekalah kekal di dalamnya."


2) JANNATUL NA'IM
Disebut di dalam surah al-Waqi'ah, ayat 10 hingga ayat 12, yang bermaksud,

"Dan orang-orang yang berlumba-lumba kepada kebajikan ialah orang-orang yang dahulu masuk ke syurga. Merekalah yang dihampirkan kepada rahmat ALLAH. Duduk di dalam Syurga Na'im."


3) JANNATUL MA'WA
Sifat-sifat orang yang akan memasuki Syurga Ma'wa ada tersebut di dalam surah an-Nazi'at, ayat 40 hingga ayat 41, yang bermaksud,

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada keinginan hawa nafsu. Maka sesungguhnya Syurga Ma'wa lah tempat kembalinya."


4) JANNATUL 'ADEN
Di dalam surah al-Kahfi, ayat 30 hingga ayat 31, ALLAH membayangkan sifat-sifat orang-orang yang akan ke Syurga 'Aden, yang bermaksud,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan baik. Mereka itulah orang-orang yang akan ke Syurga 'Aden yang mengalir sungai-sungai dibawahnya. Dalam syurga itu mereka dihiasai dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera sundus dan istabraq, sedang mereka duduk sambil di atas singgahsana yang indah. Itulah balasan yang sebaik-baiknya dan tempat kediaman yang elok."


5) DARUS SALAM
Ada tersebut di dalam surah Yunus, ayat 25, yang bermaksud,

"Dan ALLAH menyeru kamu ke Darussalam dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki kepada jalan yang lurus."


6) DARUL MUQAMAH
Tersebut dalam surah al-Fathir, ayat 34 hingga ayat 35, yang bermaksud,

"Dan mereka berkata segala puji bagi ALLAH yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya, Tuhan kami adalah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. Dan telah menempatkan kami di Darul Muqamah dari kurnianya dan di dalamnya kami tidak merasa jemu, puas atau penat."


Dalam surah ar-Ra'ad, ayat 23 hingga 24, ALLAH swt membayangkan bagaimana kegembiraan ahli syurga,

"Para Malaikat masuk mendatangi para ahli syurga itu dari segenap penjuru pintu. Mereka (Malaikat) berkata: Selamatlah untuk kamu semua disebabkan kesabaran mu. Alangkah senangnya tempat kediaman yang terakhir."


Keindahan syurga ALLAH swt tidak dapat digambarkan oleh mata dan dibayangkan oleh akal kerana apa jua yang wujud di alam yang fana ini hanyalah sementara sahaja. Sedangkan syurga adalah tempat yang kekal selamanya. Hanya ALLAH swt. yang maha mengetahuinya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails