Tuesday, August 18, 2009

Nasihat Tuk Diri Sendiri

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:

* Rasa hormat pada diri sendiri;

* Rasa hormat kepada orang lain;

* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Reade more >>

Monday, August 17, 2009

Masa..

Hari nie rasa nak blik cepat jek... cepatla masa berlalu...aku dah tak larat dah.... xlaat nak bersengkang mata.... menahan segala kesakitan.. nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Reade more >>

LIMA PERKARA

خمسةأشياءكلنانريدهاونحاولالحصولعليها
limaperkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجهجميل
1:wajah yang cantik

2- فلوسبالملاين
2:duit yang banyak

3- صحةقوية
3:kesihatan yang baik

4- اولادشاطرينوفالحينمثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نومعميقمندونمهدئاتوأدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلةجداوبوصفةسحريةوسهلةتستغرق15 دقيقةيومياً! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قالرسولاللهصلىاللهعليهوآلهوسلم:
kata nabi saw

منتركصلاةالصبحفليسفيوجههنورومنتركصلاةالظهرفليسفيرزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa
yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركةومنتركصلاةالعصرفليسفيجسمهقوةومنتركصلاةالمغربفليسفي
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg
bermanfaat

أولادهثمرةومنتركصلاةالعشاءفليسفينومهراحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak

بلغعنالرسول(صلىاللهعليهوآلهوسلم) ولوآية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Reade more >>

Tuesday, August 11, 2009

You re Not Alone


- Michael Jackson Lyrics

AKU SUKALAH LAGU NIE..TERSENTUH DOWHHH...SORRY TAK DAPAEK NAK LETAK LAGU...COZZ KAT OPIS YOUTUBE KENE BLOCKED...PELIK SEHHH...HAMPEHH...
Reade more >>

Monday, August 10, 2009

Rahsia Tarikh Lahir

NIe ada lagi nie..pasa tarikh lahir...waahahha....

Source from Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr. Fadzilah Kamsah

Ciri-Ciri yang dikenal pasti....
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Cara mengira...birthday saya 08/08/1984

(1) kita kira jumlah hari..
0 + 8 = 8
(2) then, kita kira pulak jumlah keseluruhan tarikh lahir..
0 + 8 + 0 + 8 + 1 + 9 + 8 + 4 = 38 --> 3 + 8 =11 1+1=2
akhir sekali, amik jumlah (1) dicampur dengan (2)
8 + 2 = 10 --> 1 + 0 =1
Makanya dari kiraan di atas, saya adalah seorang yg

8 Bisness
2 Lembut
1 Pemimpin

Definisi ringkas.

No 1 = Pemimpin

Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut
Kita boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar. Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.

No 3 = Kemas/Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa shj.

No 4 = Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain drpd org lain.

No 5 = Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain secara diplomasi.

No 6 = Angin
Sikapnya seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.

No 7 = Patuh
Seorg yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.

No 8 = Berniaga
Org yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai bakat dlm perniagaan.

No 9 = Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.


Bisness+ Lembut+Pemimpin

Hahahah mampukah aku bukak bisness n jadi pemimpin...takpenah lagiklerr aku nie bersifat pemimpin ...waahahahha...minat nak bukak bisness ada tp...wahahahaha,,,,,,,,xkuat setengah jalan lerrrr



Reade more >>

Rahsia Kelahiran Dalam KALENDAR ISLAM

Korang taun tak bila korang lahir klu ikut kalendar Islam....wahahhha sure semua tak tau :p aku ada info sket nieh..katanya klu kita bulan Hijrah kita dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Nie sekadar bagi menambahkan pengetahuan K: -

Lupa tarikh lahir islam anda…?

http://www.islam.com/islamicdates.asp

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.



Hahaha tarikh lahir aku ikut kalender islam nie adalah 11 Zulkaedah 1404......:p...Haiya...ada banyak buruk ooo...:P...tp apa pun based on diri sendiri k..
Reade more >>

8 August 2009



Hahaha...oleh kerana bosan ari nie..aku cuba menaip n menaip...hahhah aku baru jek melepasi umur 25 tahun this year pada 8 Ogos yang lalu... Thanks to all my friendss yang wish to me.. Impian aku semppena tarikh lahir aku nie adalah tuk tarikh kawen aku iaitu pada tahun lepas 080808.tapi tak kesampaian lorrr yela aku baru konvo time tue...simpanan pun tak cukup tp nak kawen ...hahhaha...mmg kene pelangkung la...kuang2x... This year mmg so suprise coz Alan wat kejutan ...dr rumah sampai la ke tempat rahsia dia tue...aku kene tutup mata.... hahha kene ikat ngan kain lorr...klu tak tipula aku mesti curi tengok...:p....suprissssseeeeee hahaha..dia bawak aku kat tempat sooooooo nice....wahhhh...with a simple cake that i really like.....masalahnye masing2 tak bawak apa2.. Iphone alan xde batery...hampeh sehh... alan kata tak pe..sama adil...masa besday dia pun tak tangkap gambar...huahuahuhauua...so its ok..next time kene prepare... Im really love ur present...Thankssssss so much...........really like it.... masa nak dapat hadiah mysteriusss nie..mcm2 dia wat kata takde duit lah....just bg favourite gelang dia lah itu lah inilah...Tepat kul 12 perghhh baru dia bg hadiah suprise tue.........wahhhhhhhhhhhhhh terujanye..............luv u B.



Reade more >>

G.I. Joe

Pergghhh... Best gilersss citer G.I Joe...rugi sape tak tgk lagikkk.... dari start sampai the end.. huhuhu... asyik action jek...


Rasa nak tengok lagikk..... lain lak citer Harry Potter bosan seh... huhuhu

Reade more >>

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails